Jangan Cabar Arahan Kerajaan! – TPM

BeritaJangan Cabar Arahan Kerajaan! – TPM

KUALA LUMPUR – Jangan cabar arahan kerajaan.

Itu amaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kenyataannya di Facebook, beliau memaklumkan sebanyak 180 kilang dan premis diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri dalam rakaman video berdurasi dua minit 56 saat yang dimuatnaik di Facebooknya turut menjelaskan mengenai kenaikan mendadak kes positif Covid-19 disebabkan oleh saringan bersasar yang giat dilakukan di lapangan.

Menurutnya, kerajaan sedang menumpukan kepada program vaksinasi yang kini mencapai 400,000 dos sehari.

Katanya, kerajaan yakin kes jangkitan Covid-19 akan menunjukkan penurunan apabila rakyat mendapat vaksinasi lengkap sekali gus melandaikan lekuk wabak itu. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis