“Jangan Bagi Orang Lain Buka Pintu Belakang” – Najib

Berita“Jangan Bagi Orang Lain Buka Pintu Belakang” – Najib

PETALING JAYA – “Jangan benarkan orang lain membuka pintu belakang.”

Demikian pesanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini.

“Jangan benarkan orang lain buka pintu belakang lagi,” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat bertugas kepada Ahli Parlimen Bera itu yang disampaikan dalam hantaran Facebook beliau.

“Hari ini first day (hari pertama) Ismail Sabri menjawat secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selamat bertugas,” katanya.

Kelmarin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis