Itali kekal rekod tanpa kalah, Wales automatik ke slot 16 pasukan terbaik

Gaya HidupItali kekal rekod tanpa kalah, Wales automatik ke slot 16 pasukan terbaik

PASUKAN Itali mengesahkan statusnya sebagai juara Kumpulan A manakala Wales layak ke peringkat kalah mati secara automatik walaupun tewas 1-0 dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan di Stadium Olimpico, Rome.

Azzuri yang sudah pun layak ke pusingan 16 terbaik turun dengan barisan kedua namun masih bermain baik dengan beberapa serangan yang menggugat benteng pertahanan Wales.

Manakala Wales yang hanya perlukan keputusan seri juga dilihat bermain lebih santai tetapi tetap menguji kubu Itali menerusi serangan balas.

Itali memperolehi gol pertama pada minit ke-39 apabila sepakan percuma kapten pasukan, Marco Verrati dikuis masuk oleh Matteo Pessina untuk memberikan kelebihan kepada Itali hingga tamat babak pertama.

Wales turut layak ke pusingan 16 pasukan terbaik. Foto: Getty Images

Babak kedua menyaksikan aksi kembali pantas dengan banyak terjahan kasar berlaku. Sekali berpunca dari sepakan percuma, percubaan Federico Bernardeschi terkena tiang pada minit ke-53.

Tiga minit kemudian, Wales terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan, Ethan Ampadu dilayangkan kad merah kerana kekasaran lewat yang dilakukan terhadap Bernardeschi

Dengan kelebihan seorang pemain, Itali terus menyerang tetapi hampa dengan ketumpulan penyerang dan memaksa Roberto Mancini melakukan beberapa pertukaran.

Kedudukan 1-0 ini kekal hingga tamat perlawanan dan Itali mengekalkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos untuk muncul juara kumpulan dengan 9 mata dan bakal ke London untuk perlawanan seterusnya bertemu sama ada Ukraine atau Austria.

Pemain Turki (kiri) cuba menghalang percubaan gol pemain Switzerland. Foto: EPA

Wales juga layak secara automatik dengan empat mata tetapi dipisahkan hanya perbezaan gol dengan Switzerland yang berjaya menewaskan Turki 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung serentak di Baku.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis