Isu Khairuddin: 11 Saksi Bebas Dirakam Percakapan

BeritaIsu Khairuddin: 11 Saksi Bebas Dirakam Percakapan

KUALA LUMPUR – Seramai 11 saksi bebas sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung penularan WhatsApp hantaran bertajuk ‘Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ditahan di Perasing, Terengganu’.

Hantaran berkenaan memaparkan gambar Khairuddin bersama seorang wanita yang bertajuk ‘Tular WhatsApp Khairuddin ditahan di Perasing, Terengganu, dimuat naik di laman sesawang Info Negara Kini, pada 4.50 petang, 28 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kami mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung penularan WhatsApp kes Ahli Parlimen Kuala Nerus ditahan itu.

“11 saksi sudah dipanggil dan dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab memuat naik hantaran itu dan merakam percakapan individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak berasas tanpa mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber rasmi berhubung siasatan kes ini.

“Sebarang bentuk penyebaran berita palsu dengan menggunakan platform media sosial adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis