Ismail Sabri Tidak Terima Lagi Surat Daripada UMNO

BeritaIsmail Sabri Tidak Terima Lagi Surat Daripada UMNO

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang surat daripada UMNO berkenaan sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau tidak pasti sama ada surat telah diterima oleh pegawai atau tidak, justeru tidak mengetahui isi kandungan surat berkenaan.

Katanya, ahli-ahli Parlimen UMNO yang menerima surat itu akan mengkaji tindakan selanjutnya ekoran sikap mereka tidak meletakkan jawatan dalam kerajaan dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak tahu apa kandungan surat itu, adakah surat tunjuk sebab yang perlu saya jawab, saya pun tidak tahu lagi. Saya pun tidak tahu apa kesalahan adakah patuh dan akur titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu kesalahan.

“Jika menjadi kesalahan, tidak tahu siapa yang derhaka, siapa tidak derhaka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis