Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

BeritaIsmail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan ini dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

“Selain itu, Muhyiddin bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis