Ibu-Bapa,Penjaga Dibenarkan Teman Remaja Semasa Vaksin

BeritaIbu-Bapa,Penjaga Dibenarkan Teman Remaja Semasa Vaksin

KUALA LUMPUR – Bermula esok, sama ada ibu atau bapa atau seorang penjaga dibenarkan menemani remaja masuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (gambar) berkata, Jawatankuasa Bertindak Immunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) bersetuju memberi kelonggaran itu bagi mengelakkan keraguan dalam proses vaksinasi remaja.

Kata beliau, ibu atau bapa atau penjaga boleh menemani remaja di stesen satu untuk mengambil bacaan suhu badan, stesen dua (pendaftaran vaksinasi), stesen tiga (kebenaran ibu/bapa/penjaga dan konsultasi) dan stesen empat (pemberian vaksin).

“Setelah selesai proses vaksinasi, ibu atau bapa atau penjaga diminta menunggu di luar bagi memastikan kersui yang disediakan di kawasan pemerhatian mencukupi untuk remaja yang telah divaksinasi duduk dan diawasi.

“Selepas tamat tempoh pemerhatian 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu atau bapa atau penjaga,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi CITF-A berkata, individu dewasa yang menemani dibenarkan untuk merakam video suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi berlangsung.

Katanya, seperti SOP sebelum ini, petugas kesihatan (penyuntik) perlu menunjukkan picagari vaksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima.

Dalam pada itu beliau memaklumkan pihak Healthcare Organisation telah memberhentikan serta-merta petugas kesihatan yang viral menyuntik picagari kosong terhadap seorang remaja berusia 12 baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada 30 September lepas di PPV Universiti Malaya.

Kerajaan kata Dr Azmi memandang serius insiden seperti itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan proses vaksinasi dilakukan dengan selamat dan sempurna. – MYNEWSHUB

Ikuti Twitter Mynewshub di sini

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis