Hotel Istana KL Henti Operasi Pada 1 September

BeritaHotel Istana KL Henti Operasi Pada 1 September

SHAH ALAM – Hotel Istana Kuala Lumpur mengumumkan pemberhentian operasi pada 1 September ini disebabkan mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Hotel, Noorazzudin Omar berkata, pihak pengurusan tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menutup operasi tersebut.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Situasi Covid-19 terus menerus memberi kesan kepada industri dan kemampuan untuk mencapai normal semula dan ia memberi kesan kepada perniagaan, kadar kepulangan dan pengunjung walaupun ada usaha terbaik kami.

“Walaupun hotel ini digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak Covid-19, kami masih menanggung kerugian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada pekerja-pekerja.

“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam waktu terdekat.

“Kami berterima kasih atas perkhidmatan semua dan kami berdoa anda berjaya pada tahun akan datang,”ujarnya. – Sinar Harian

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis