HENTI GUNA NAMA AKAR UMBI BAGI MELUNAS KEPENTINGAN PERIBADI

PolitikHENTI GUNA NAMA AKAR UMBI BAGI MELUNAS KEPENTINGAN PERIBADI

Pemimpin-pemimpin UMNO yang dilantik akar umbi pada pemilihan lepas diharap hentikan agenda jahat memporak-perandakan UMNO.

Setelah gagal mendapat sokongan akar umbi untuk menjatuhkan Presiden pada PAU2020 yang lalu, mereka melalak di media sosial (pro-PH dan seteru UMNO) dengan menggunakan nama ‘akar umbi’ kononnya akar umbi mendesak Ahmad Zahid berundur.

Untuk makluman semua, gerakan mengkhianat ini didalangi segelintir Ketua-Ketua Bahagian dan Sayap yang sebenarnya DITOLAK di peringkat bahagian masing-masing.

Mereka inilah pemimpin-pemimpin yang dicemuh dan dipulau di kawasan mereka sendiri kerana mempunyai sikap buruk namun berlagak seperti ‘hero’ di media sosial kononnya mereka mewakili suara akar umbi.

Pemimpin-pemimpin ini juga mempunyai isu kepimpinan di bahagian masing-masing dan kebanyakan dari mereka menjadi punca rakyat menjauhi UMNO.

MODUS OPERANDI SAMA SEPERTI KETIKA MENJATUHKAN NAJIB

Kejayaan PAU2020 membuktikan akar umbi masih kekal setia dengan kepimpinan Ahmad Zahid.

Sekiranya benar akar umbi bersuara mendesak presiden berundur, sudah tentu segala usul-usul akan menjurus kepada agenda tersebut.

Namun, agenda utama PAU2020 adalah memperkukuhkan parti, mengeratkan penyatuan Muafakat Nasional dan persediaan PRU15,selain beberapa perkara lain.

Alasan perwakilan yang berucap telah di ‘set’ dan ucapan telah disemak merupakan alasan paling bodoh dan tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin ini bagi melindungi kegagalan operasi mereka.

Mudahnya modus operandi mereka dengan hanya menggunakan perkataan ‘akar umbi’ sahaja, berduyun media anti UMNO akan cover cerita mereka.

Bilangan mereka ini (penyokong pengkhianat) sangatlah sedikit. Namun mereka mahir merekayasa dan memaksimakan penggunaan sosial media bagi menampakkan sokongan kepada mereka adalah besar.

Formulanya mudah. Walau puluhan ketua sayap mahupun ketua bahagian ‘oink’ di media sosial mendesak presiden berundur, manakan sama dengan JUTAAN ahli UMNO akar umbi yang setia berjuang mempertahankan UMNO hingga akhirnya?

Parasit terlolong-lolong selagi ada kuasa. Mereka tahu sokongan terhadap mereka amat lemah di tempat sendiri. Strategi mereka, sekiranya tewas pemilihan kelak, mereka akan MELOMPAT ke parti lain dengan ALASAN UMNO MASIH TIDAK BERUBAH. Bukankah ia alasan cliche katak-katak zaman berzaman apabila agenda mereka tak terpenuhi?

SETELAH NAJIB DAN ZAHID KINI MEREKA SASARKAN UNTUK MEMBUANG TOK MAT PULA

(.. kumpulan yang menyokong Umno 3.0 juga mungkin akan menyingkirkan timbalan presiden Mohamad Hasan kerana beliau merupakan calon pengganti sekiranya Zahid bukan lagi presiden parti itu,petikan FMT,9April 2021)

Wahai akar umbi ahli UMNO sekalian,
Cukup-cukuplah kita dimomokkan ayat ‘Presiden berundur, masalah selesai’.
Ianya BOHONG! Kerana mereka yang bacol hanya memimikirkan tembolok dan nyawa politik peribadi saja

Janganlah dek kerana terpedaya dengan ‘gula-gula’ dan drama fantasi kesenangan (kononnya UMNO kembali gagah setelah Najib ,Zahid berundur),kita kehilangan ‘rumah’ kita. Kita sangka tindakan kita itu mengukuhkan, tapi sebenarnya kita merobek,menghancur dan meruntuhkan UMNO dengan tangan-tangan kita sendiri.

BANGKIT wahai akar umbi UMNO disetiap pelusuk berdiri teguh bersama Presiden pertahankan institusi dan halatuju Parti dalam menuju ke medan perang PRU15.

Kenalpasti wajah-wajah pemimpin parasit bacul yang ghairah menyusun UMNO mengikut nafsu mereka.

Camkan wajah dan ahli-ahli mereka.
Supaya kelak kita dapat menyekat kemaraan mereka ini dalam pemilihan akan datang.

Wahai saudara-saudara kami ahli UMNO yang setia, Janganlah kita berdiam diri.

Jika nenek-moyang kita berjuang dengan terakol,rentaka,keris dan lembing. Hari ini kita berjuang dengan memberi penerangan baik di media sosial atau di kedai-kedai makan bersama rakan.

Ayuh, jangan benarkan si bacul menguasai UMNO. Kita SEKAT, kita IKAT, kita HALAU mereka!

Setia pada UMNO & Barisan Nasional BN selamanya!

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis