Harimau Malaya terbang pulang bersama Kapten Meor Idrus

Gaya HidupHarimau Malaya terbang pulang bersama Kapten Meor Idrus

Kapten Meor Idrus Meor Idris (kiri) bersama Wan Ahmad Nasharien.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PASUKAN Harimau Malaya dijangka tiba di tanah air pada Khamis ini selepas berakhirnya kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe mengakhiri kempen kelayakan dengan kedudukan ketiga Kumpulan G, malah telah menempah slot Pusingan 3 Piala Asia 2023. Bagaimana pun, skuad negara gagal melayakkan diri ke Pusingan 3 Piala Dunia 2022 apabila tewas dalam dua perlawanan bertemu UAE dan Vietnam sebelum ini.

Namun berita gembira buat semua peminat bola sepak tanah air selepas berjaya mengutip tiga mata penuh pada aksi terakhir kumpulan apabila menang tipis 1-0 ke atas Thailand pada aksi awal pagi ini.

Pasukan negara bakal menaiki penerbangan sewa khas tajaan MAS Airbus A330-323 yang dipandu oleh Kapten Meor Idrus Meor Idris bersama First Officer (FO) Wan Ahmad Nasharien berlepas dari Dubai pukul 11.30 malam (waktu Dubai) dan dijangka tiba di Malaysia pukul 1.40 petang (Khamis, waktu Malaysia).

Meor Idrus juga merupakan seorang pemain pertahanan kiri untuk pasukan juruterbang MAS sebelum ini.

Kapten Meor Idrus (lima dr kiri) bersama barisan krew yang akan membawa balik skuad Harimau Malaya.

Turut bersama penerbangan ini termasuk lapan krew Abdul Aziz Ahmad, Adrian Montano, Teoh Pei Ling,  Nordiana Farisha Ayob, Beatrice Leslie Anak Belayong, Susie Bong, Frances Anne Eton dan Low Xin Wei.

Penerbangan dijangka akan melakukan transit di Bangkok terlebih dahulu selama sejam untuk menurun pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis