Harimau Kumbang tersingkir, TFC menang bergaya

Gaya HidupHarimau Kumbang tersingkir, TFC menang bergaya

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENANG FC sudah boleh melupakan saingan Piala Malaysia musim ini selepas kecundang 0-5 kepada Sri Pahang FC pada aksi peringkat Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang Kuala Lumpur City ditempat lawan, kekalahan ini meletakkan skuad bimbingan Tomas Trucha itu yang dianggap antara pasukan pilihan ditangga tercorot kumpulan dengan hanya mengutip satu mata selepas empat perlawanan.

Beraksi dilaman sendiri dengan kehadiran penonton buat kali pertama, permainan serba tidak menjadi dipamerkan Harimau Kumbang apabila bolos seawal minit ke-10 hasil rembatan dari penyerang import Sri Pahang FC, Kenjok Athiu yang gagal diselamatkan penjaga gawang tuan rumah, Tean Keat See.

Pelawat terus menggandakan kelebihan selang 10 minit kemudian kali ini giliran AbuBakar Yakubu yang tenang melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Keat See buat kali kedua sebelum Kenjok Athiu sekali lagi mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-35 untuk selesa didepan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, walaupun Penang FC cuba memberikan saingan untuk memburu gol namun sebaliknya menjadi milik Tok Gajah menerusi Abdul Malik Mat Aris yang meledak gol keempat pada minit ke-58 sebelum Kenjok Athiu meledak hatrik peribadi dan gol kelima pasukan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Sarawak United FC (SUFC) dan KL City FC terpaksa berkongsi mata selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam.

Tuan rumah terlebih dahulu berada didepan hasil jaringan Uche Agba pada minit ke-22 sebelum penjaring terbanyak KL City FC, Romel Morales menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

Uche Agba sekali lagi membuktikan bisanya apabila memastikan pasukan beredar ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol apabila berjaya menewaskan penjaga gawang KL City FC, Kevin Mendoza buat kali kedua pada minit ke-40 sebelum Morales sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadi dan penyamaan buat pasukan pada minit ke 74.

SEMENTARA  itu aksi Kumpulan B pula memperlihatkan pasukan pilihan Terengganu FC dan Selangor FC tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata penuh yang seterusnya memastikan tempat dalam saingan suku akhir.

Terengganu FC mudah menewaskan Perak FC, 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Terengganu menerusi jaringan tiga pemain import, Makan Konate pada minit ke-12, David Da Silva (m-19), Dechi Marcel (m-26), Faizal Halim (m-63).

Manakala Selangor FC yang bertandang ke Stadium Larkin, Johor Bharu berdepan Kuching City FC selaku tuan rumah pula, menang dengan keputusan 2-1  hasil jaringan Danial Asri minit ke-18 Michael Ijizie (m-67) dan gol sendiri pertahanan tuan rumah, Ramesh Lai dipenghujung babak kedua.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis