Harga RON97, RON95 Dan Diesel Tak Berubah

BeritaHarga RON97, RON95 Dan Diesel Tak Berubah

KUALA LUMPUR – Harga jualan petrol RON97, RON95 dan diesel kekal tidak berubah dengan masing-masing pada RM2.74, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 19 sehingga 25 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata menurut kenyataan itu.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis