Harga RON97, RON95 Dan Diesel Kekal

BeritaHarga RON97, RON95 Dan Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.67, RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga ditetapkan secara mingguan itu menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis