Harga RON97, RON95 Dan Diesel Kekal

BeritaHarga RON97, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05, RM2.72 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh bermula esok hingga 8 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat, melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya, bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis