Harga RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

BeritaHarga RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter, manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga baharu petrol RON97 bermula esok ialah RM2.63 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis