Harga RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

BeritaHarga RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi RON97 naik sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM2.67 kepada RM2.69 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal dengan masing-masing ditetapkan pada paras RM2.67 seliter dan RM2.05 seliter.

Harga runcit produk petrol dan diesel terbabit adalah bagi tempoh 1 sehingga 7 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis