Harga Petrol, Diesel Kekal

BeritaHarga Petrol, Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengekalkan harga petrol RON97 dan RON95 serta diesel bermula dari 21 hingga 27 Oktober depan.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.87 seliter, manakala petrol RON95 kekal kekal RM2.05 seliter.

“Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MOF berkata, keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol dan diesel berkenaan adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism. – K! ONLINE

harga petrol dan diesel RON95 RON97

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis