Hanya 4 Daripada 12,933 Kematian Covid-19 Lengkap Vaksinasi

BeritaHanya 4 Daripada 12,933 Kematian Covid-19 Lengkap Vaksinasi

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hanya empat kematian kes Covid-19 membabitkan individu yang lengkap suntikan dos vaksin.

Ia berbanding jumlah keseluruhan kes kematian 12,993 yang dilaporkan.

“Data klinikal kami menunjukkan antara keseluruhan kematian itu, terdapat 80 kes yang mana telah mendapat satu suntikan dos vaksin dan empat kes lengkap vaksinasi,” ciapnya di Twitter pada Rabu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin Covid-19 (JKVAV), Malaysia merekodkan 28,837,742 dos pemberian vaksin Covid-19 setakat Selasa.

Ia merangkumi 17,437,286 dos suntikan pertama dan 11,400,456 dos kedua.

Sebanyak 525,111 dos pertama dan kedua diberikan pada Selasa. – Sinar Harian

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis