Grab tawarkan diskaun buat warga emas yang ingin ke Pusat Pemberian Vaksin

Gaya HidupGrab tawarkan diskaun buat warga emas yang ingin ke Pusat Pemberian Vaksin

Perkhidmatan seru pandu Grab Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan promosi khas buat warga emas yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka untuk mengambil suntikan vaksin. Warganegara yang berusia 60 tahun ke atas akan mendapat potongan harga sehingga RM8 untuk empat perjalanan ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Grab mengambil inisiatif ini bagi membantu warga emas yang sukar untuk menghadiri temu janji vaksinasi mereka kerana masalah pengangkutan. Grab telah pun bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan setiap lokasi PPV disediakan dalam aplikasi Grab.

Untuk mendapatkan promosi ini, pengguna perlu mengesahkan umur mereka dengan Grab sebelum 7 Jun 2021. Kemudian, mereka akan menerima kod promosi melalui emel bermula 12 Jun dan kod promosi tersebut boleh digunakan pada tarikh pemvaksinan.

Pastinya inisiatif Grab ini akan membantu warga emas untuk mendapatkan vaksin mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis