Gigi Nampak Kuning & Berbau? Ini 3 Kebaikan ‘Scaling’ Gigi Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Gaya HidupGigi Nampak Kuning & Berbau? Ini 3 Kebaikan ‘Scaling’ Gigi Yang Mungkin...

Masihkah anda ingat semasa zaman sekolah dahulu, kita semua dipanggil satu per satu ke bilik kesihatan untuk membuat pemeriksaan gigi bersama doktor gigi yang dijemput. Berapa ramai yang tiba-tiba ke tandas pada waktu itu?

Kini setelah meningkat dewasa, masih ada lagi di antara kita yang leka dengan kesihatan gigi. Ada juga mereka yang kali terakhir membuat pemeriksaan gigi pada waktu sekolah rendah dahulu.

 

Tahukah anda, sebenarnya bukan kereta dan motosikal sahaja yang perlu diservis, gigi kita juga tahu! Namun perkataan yang digunakan bukanlah servis gigi, tapi penskaleran gigi.

Mengapa perlu scaling gigi?

Air liur, dan bakteria dalam mulut akan membetuk satu lapisan di gigi. Selepas kita makan, partikel kecil daripada makanan akan melekat di lapisan gigi ini dan membentuk karang gigi (plaque).

 

Inilah antara salah satu punca yang menyebabkan penyakit gusi dan kerosakan gigi. Antara cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan berus gigi, dan flos.

Kebaikan scaling gigi

1. Elak mulut berbau

Buat anda yang mengalami masalah mulut berbau, anda mungkin ada penyakit mulut berbau (nama saintifik: Halitosis), atau karang gigi adalah puncanya.

Jangan lupa berus gigi dan lidah, barulah bersih dan tidak berbau!

2. Bagus untuk jantung

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan tentang kaitan di antara kesihatan oral dan kesihatan badan. Untuk pengetahuan anda, penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes dapat dikurangkan risiko untuk dihidapi jika kesihatan gigi terjaga.

3. Jimat duit!

Bunyi macam pelik, tapi penjagaan gigi boleh menjimatkan duit anda untuk jangka masa panjang. Penskaleran gigi pada setiap 6 bulan dapat mengelakkan daripada masalah jangkitan gusi, dan rawatan akar yang boleh menelan belanja sehingga ribuan ringgit.

Sakit ke scaling gigi?

Sebenarnya proses penskaleran gigi amatlah mudah dan tidak menyakitkan. Namun, anda mungkin akan berasa sedikit ngilu semasa proses pencucian sedang dijalankan.

Ada mitos yang mengatakan gigi akan menjadi lebih jarang dan terhakis selepas scaling gigi, membuatkan segelintir memilih untuk tidak melakukan proses ini.

 

Walhal, lubang yang terasa itu sebenarnya selama ini telah ditutupi dengan karang gigi yang terbina.

Berapa kos scaling gigi?

Ini bergantung kepada diri anda sendiri. Mengikut pengalaman penulis sendiri melakukan scaling gigi di klinik kerajaan, harga yang dikenakan hanyalah RM2.00 sahaja.

Waktu menunggu juga tidak lama, hanya 30 minit sebelum tiba giliran. Namun, dengan keadaan negara sekarang, mungkin anda perlu menghubungi pihak klinik terlebih dahulu memandangkan ada SOP yang perlu dipatuhi.

Harga untuk klinik swasta pula kebiasaannya boleh mencecah RM100.00, bergantung kepada keadaan gigi anda. Namun, kebiasaannya waktu menunggu di klinik swasta adalah lebih singkat daripada klinik kerajaan.

Jaga gigi anda okay!

Sumber: City Oasis

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis