Gempa Bumi Utara Sumatera Dirasai Di Lembah Klang

BeritaGempa Bumi Utara Sumatera Dirasai Di Lembah Klang

PETALING JAYA – Gegaran yang dirasai warga Lembah Klang hari ini berpunca daripada gempa bumi sederhana yang berlaku Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, gegaran dengan magnitud 5.6 skala Richter itu berlaku pada kedudukan 18 kilometer (KM) dari Padang Sidempuan dengan kedalaman 19 KM.

“Gegaran dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, warga Kuala Lumpur dan Selangor dikejutkan dengan kejadian gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat khususnya mereka berada di bangunan tinggi. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis