Gelombang Ketiga COVID-19 Jangkiti Ramai Golongan Muda

BeritaGelombang Ketiga COVID-19 Jangkiti Ramai Golongan Muda

KUALA LUMPUR – Gelombang ketiga penularan COVID-19 dikesan lebih banyak menjangkiti golongan muda berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Tanpa memberikan perincian peratusan, beliau berkata, keadaan itu menunjukkan peningkatan jangkitan melalui kes sporadik.

“Data terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) mendapati gelombang ketiga COVID-19 lebih banyak menjangkiti golongan muda.

“Ini menunjukkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lebih banyak kes sporadik atau tiada kaitan dengan kluster,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Dr Adham berkata, sebanyak 6,579 kes jangkitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak bawah usia dua tahun direkodkan dari 25 Januari tahun lalu sehingga semalam.

Selain itu, beliau berkata, jumlah pesakit COVID-19 dengan gejala serius iaitu tahap empat dan lima juga meningkat sebanyak 15 peratus dalam gelombang ketiga, berbanding lima peratus sebelum ini.

“Malah mereka yang mendapatkan rawatan dalam kategori empat dan lima juga meningkat, berbanding gelombang kedua.

“Jadi saranan kita kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada. Bagi yang dijangkiti dan dirawat sama ada di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) kita pantau sebaiknya.

“Bagi mereka yang pada awal didapati tidak bergejala, tetapi kemudiannya bergejala serius, diminta segera hubungi fasiliti kesihatan,” katanya. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis