Gambar Tular Tasik Chini 2 Tahun Lalu – Najib

BeritaGambar Tular Tasik Chini 2 Tahun Lalu – Najib

KUANTAN – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa gambar yang tular dan didakwa keadaan terkini Tasik Chini di Pekan adalah gambar yang dirakam dua tahun lalu.

Najib berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada pihak berkaitan, beberapa langkah yang dirancang sudah diambil untuk menyelesai dan memulihkan keadaan itu.

“Gambar yang sedang tular dan didakwa keadaan terkini akibat aktiviti perlombongan di Tasik Chini di Pekan ialah gambar yang dirakam dua tahun lepas.

“Saya akan update (kemas kini) keadaan terkini selepas saya diberi taklimat penuh sehari dua ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Kelmarin, tular gambar di media sosial mengenai keadaan Tasik Chini yang dikatakan terancam berikutan aktiviti perlombongan.

Berikutan itu, orang ramai meminta tindakan penguatkuasaan dilakukan untuk memelihara tasik berkenaan daripada terancam. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis