Fadillah Yusof Disahkan Positif Covid-19

BeritaFadillah Yusof Disahkan Positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan malam tadi.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan hari ini berkata, Fadillah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

Menurut kenyataan itu, Fadillah sebelum ini sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lalu.

“Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. 

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terbabit,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tidak mempunyai sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sepanjang tempoh kuarantin, beliau akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis