Enam pemain badminton pulang dari Sepanyol positif Covid-19

Gaya HidupEnam pemain badminton pulang dari Sepanyol positif Covid-19

ENAM pemain badminton negara yang kembali dari Kejohanan Antarabangsa Sepanyol 2021 disahkan positif Covid-19.

Perkembangan tersebut dimaklumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Isnin malam.

“Sebaik pulang ke Malaysia, mereka telah menjalani kuarantin wajib seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Mereka belum menjejaki kaki ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak pulang ke Malaysia dan tidak berinteraksi dengan pemain negara yang akan berangkat ke Sukan Olimpik Tokyo.

“Keenam-enam pemain hanya akan kembali ke ABM selepas semua pemain yang bakal beraksi di Tokyo berlepas ke Jepun.

“BAM mendoakan yang terbaik buat keenam-enm pemain dan semoga mereka cepat sembuh,” jelas kenyataan tersebut.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis