Empat watak utama termasuk Southgate, DNA Ashworth antara faktor kejayaan England hari ini

Gaya HidupEmpat watak utama termasuk Southgate, DNA Ashworth antara faktor kejayaan England hari...

England mara ke separuh akhir Euro buat kali pertama selepas 1996.

SEKIRANYA meraih kemenangan separuh akhir awal pagi Khamis, England bakal melakar rekod prestasi paling hebat di pentas Kejuaraan Eropah.

Kali terakhir The Three Lions beraksi dalam aksi separuh akhir pada edisi 1996 di bawah bimbingan Terry Venables.

Bagaimana pun kini mereka berjaya berada dalam empat kelompok terbaik dalam dua kejohanan setakat ini.

Perubahan jelas berdasarkan keputusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dihasilkan oleh ramai pihak sama ada di atas padang dan di sebalik tabir.

Beberapa faktor yang menjadikan pasukan England pencabar di peringkat antarabangsa.

Kehadiran Dyke banyak mengubah imej FA.

Sasaran Berganda Greg Dyke

Greg Syke dilantik sebagai Presiden FA pada 2013 dikala persatuan terumbang-ambing, namun perubahan ketara berlalu dalam pasukan England.

“Sasaran pertama untuk pasukan England sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Kejuaraan Eropah 2020, dan kedua adalah untuk menjuarai Piala Dunia 2020,” jelasnya sebelum ini.

Dyke menubuhkan sebuah pasukan (commmission) untuk menilai perubahan pasukan.

“Laporan Dyke mendorong perubahan fikiran yang jelas,” jelas bekas Ketua Pencarian Bakat FA, Mike Rigg.

“Pada masa itu sasaran diletakkan kepada semua orang dan katanya ketika itu, ‘OK, jika anda mahu kami menang Piala Dunia, kita tidak boleh teruskan apa yang dibuat sekarang’.”

Ashworth antara kunci penting DNA bola sepak England.

Lantikan Dan Ashworth

Dan Ashworth enggan mengambil kredit untuk perubahan England ini, namun Rigg yakin perlantikannya sebagai Pengarah Pembangunan Elit pada September 2012 sebagai ‘game changer’.

Ashworth kini merupakan Pengarah Teknikal Brighton, tiba pada masa yang sesuai dalam perubahan FA.

Gareth Southgate sebagai pengurus pasukan Bawah 21 Tahun bersama Dave Reddin (pengarah prestasi), Matt Crocker (pengarah pembangunan pasukan kejurulatihan) dan Rigg antara watak-watak penting dalam membina masa depan England.

“Ashworth berada di atas, melihat semua yang berlaku melalu jalan yang paling strategik. Perlantikannya telah memberi perubahan yang ketara,” jelas Rigg.

DNA England

Ashworth salah seorang pencipta falsafah DNA diperkenalkan kepada FA yang diketuai Crocker.

“Ia tidak diterima sepenuhnya, tetapi DNA itu telah menyaksikan perubahan di kalangan pemain dan semua jurulatih.”

DNA yang diperkenalkan itu amat konsisten dengan persedian peringkat umur dan memastikan pemain-pemain tahu keperluan yang ada sebaik sahaja menyertai pasukan.

Dengan strategi itu telah membantu semua barisan jurulatih FA mempunyai lebih sedikit masa dengan pemain-pemain berbanding dengan jurulatih kelab. Sebelum ini semua jurulatih pasukan England melakukan perkara sendiri dan bermain dengan sistem dan gaya berbeza.

Hasil DNA yang dibawa Ashworth terbukti apabila England juara Piala Dunia Bawah 17 Tahun 2017.

Dengan perubahan ini pemain kategori 15 tahun dan ke atas tahu apa yang diinginkan England dari segi taktikal, teknikal, fizikal dan mental. Malah ia juga mempunyai ruang yang lebih fleksibiliti kerana pragmatisme dan pembentukan pasukan senior berubah semasa aksi Euro, tetapi prinsip utamanya tetap ada.

Dengan pendekatan yang disatukan itu, kini sudah menjadi perkara biasa apabila melihat semua jurulatih di bawah Southgate sentiasa bersemuka, berkongsi idea dan mengembangkan identiti.

Penglibatan pemain remaja diperingkat senior antarabangsa

FA telah menjalankan kajian melibatkan 10 negara pada 2013 memfokuskan kejayaan pemain-pemain remaja yang membawa sukses ke peringkat senior. Salah satu sasaran DNA yang dicipta adalah transisi pemain-pemain menerusi kemajuan setiap kumpulan peringkat umur.

Ia telah dicapai jika anda melihat pemain yang dipilih Southgate untuk kejohanan Euro kali ini. Pada tahun 2017, pasukan muda England melalui tahun yang luar biasa dengan menunjukkan kemajuan yang dicapai. Dalam enam kejohanan tahun tersebut, England menjuarai empat gelaran, menduduki tempat kedua dan satu mara ke separuh akhir.

Skuad Bawah 21 Tahun yang dibimbing Southgate sebelum ini menjuarai Kejohanan Toulon.

Peningkatan Bertentangan

Kejayaan ini antara perkata yang sentiasa diluahkan Southgate – ‘generasi ini tidak merasakan bajunya seberat yang lain.’

FA telah memperluaskan pengalaman kejohanan memastikan pemain-pemain lebih bersedia. Pasukan B-15, 18 dan 20 Tahun ditubuh untuk memastikan pemain-pemain muda ini lebih banyak peluang dan bermain banyak minit di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini England telah berhenti melibatkan diri dalam pertandingan Victory Shield, namun kembali pada tahun 2015 menghantar pasukan B-16 tahan untuk pendedahan dari pasukan seluruh dunia.

Pada tahun 2016, Southgate membawa pasukan mudanya ke Kejohanan Toulon untuk mencari pengalaman kompetitif. Mereka menjuarai kejonanan itu dengan barisan pemain seperti Pickford, Chilwell, Ward-Prowse dan Grealish dalam skuadnya.

Perancangan Prestasi Pemain Elit (EPPP)

Dengan 90 peratus perkembangan pemain datang ke kelab masing-masing, pengenalan sistem EPPP Liga Perdana adalah satu lagi pengubah permainan.

Walaupun timbul kontroversi, namun ia telah membawa kepada perkembangan positif kepada jurulatih dengan banyak latihan serya perlawanan untuk pemain-pemain muda. Malah ia menjadi pelaburan yang ketara dalam akademi dan dari segi fasiliti.

Hasilnya kualiti yang lebih baik dan kumpulan pemain lebih besar tersedia untuk FA, dan menjadi saksi peningkatan di bawah pimpinan Ashworth dan pasukannya pada masa itu, lebih-lebih lagi melantik jurulatih tahap tinggi seperti Steve Cooper yang berjaya mencipta kejayaan pada tahun 2017 bagi skuad B-17 Tahun.

Pencarian Bakat Muda

Walaupun beberapa pemain tidak menjaringkan gol pada usia remaja, perkara ini turut menjadi fokus buat FA. Sebelum kemunculan Rigg, FA tidak pernah mempunyai individu yang memberi fokus dalam pencarian bakat.

Gandingan baik yang diketuai Ashworth, Souhthgate dan Rigg telah menghasilkan satu nilai yang sukar dicari iaitu kepercayaan di antara mereka dan FA.

Sebelum ini tanpa tenaga kerja yang cukup besar, FA hanya mengharapkan maklumat daripada kelab mengenai pemain terbaik yang layak.

Pencarian bakat muda fokus FA.

Manakala kelab-kelab ketika itu mempunyai agenda tersendiri dan tidak berminat memberi pemain terbaik mereka keluar dari kelab menjalankan tugas antarabangsa.

Sebaliknya, di bawah Ashworth pasukan penyokong akan memastikan tiada yang terlepas pandang. Mereka akan membina profil lebih terperinci mengenai bakat yang layak. Pendekatan menyeluruh seperti itu membantu FA mendapatkan pemain lebih awal.

“Kami diberi lebih banyak sumber dan ianya kembali kepada visi Dan sebagai pengarah teknikal dan dia memberitahu, ‘Jika anda mahu melakukan perkara ini lebih baik, ini yang berlaku di kelab-kelab dan semua perlu ikut’,” ujar Rigg. – Dailymail

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis