‘Emoji’ Wan Kuzain pada ciapan perkembangan Dion Cools jadi perhatian

Gaya Hidup‘Emoji’ Wan Kuzain pada ciapan perkembangan Dion Cools jadi perhatian

Wan Kuzain kini beraksi bersama Rio Grande Valley FC Toros. Foto: FB Wan Kamal

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN berdarah campuran Malaysia-Belgium Dion Cools secara rasminya menyarung jersi Harimau Malaya menjelang Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Awal pagi Selasa, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan perkembangan pemain berusia 23 tahun kelahiran Kuching, Sarawak ini sudah  bersama pasukan kebangsaan.

Berikutan itu,  perkembangan Dion Cools turut dikongsi di laman Twitter rasmi FAM  dengan memaparkan sekeping gambar Hamidin menyerahkan jersi kepada Dion Cools.

Apa yang menarik perhatian, ciapan itu mendapat ‘retweet’ daripada pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia Wan Kuzain Wan Kamal yang meletakkan ‘thinking face emoji’.

🤔 https://t.co/IMYsN7W85n

— Wan Kuzain (@LeKuz7) June 1, 2021

Biarpun tanpa sebarang penjelasan, emoji itu telah menjadi perdebatan di kalangan pengguna Twitter, khasnya penyokong-penyokong Harimau Malaya.

Ternyata mereka masih belum ‘move on’ dengan kenyataan bapa kepada pemain Rio Grande Valley FC Toros ini yang berkongsi pandangan sebelum ini mengenai hala tuju Wan Kuzain untuk terus bermain dengan kelab profesional  di Amerika Syarikat serta Piala Dunia negara itu.

Malah kenyataan Wan Kamal itu seolah-olah telah ‘mengguris’ hati penyokong Harimau Malaya apabila dia mendedahkan Wan Kuzain hanya berminat bermain dengan skuad Bawah 23 Tahun untuk Sukan SEA sahaja memandangkan ketika itu (2019) Liga Bolasepak Major (MLS) sedangan bercuti (off season) ketika temasya itu berlangsung.

Pun begitu, terdapat juga segelintir yang memberi semangat dan sokongan kepada Wan Kuzain dan berharap satu hari nanti memilih kembali ke Malaysia bermain bersama Harimau Malaysa.

Sebagai rekod, Wan Kuzain sebelum ini pernah menjalani latihan bersama skuad Datuk Ong Kim Swee namun terpaksa digugurkan daripada senarai akhir ke Sukan SEA Filipina 2019, susulan masalah dokumentasi yang dihadapi pemain itu.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis