Ebit Lew, Isteri Sekali Lagi Dipanggil Polis

BeritaEbit Lew, Isteri Sekali Lagi Dipanggil Polis

KUALA LUMPUR – Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew dan isterinya sekali lagi dipanggil polis semalam untuk membantu siasatan membabitkan gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengesahkan sudah memanggil pendakwah terbabit dan isterinya ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman semalam untuk membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit Lew, 37, dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya. – HARIAN METRO

Ebit Liew

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis