DUN Melaka Bubar, Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari

BeritaDUN Melaka Bubar, Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya semalam.

Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan yang dikemukakan oleh Sulaiman mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata Proklamasi Pembubaran DUN Melaka itu diwartakan hari ini.

“Yang di-Pertua Negeri sudah membuat pertimbangan dan bersetuju membubarkan DUN Melaka pada pada 4 Oktober.

“Cadangan pembubaran DUN itu dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pagi semalam,” katanya dalam sidang media di sini, petang ini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis