Dulu Pengemis, Kini Cuba Nasib Bergelar Miss Universe

BeritaDulu Pengemis, Kini Cuba Nasib Bergelar Miss Universe

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Beberapa tahun lalu, seorang gadis, Rita Gaviola, 13 adalah pengemis jalanan dan mempunyai kehidupan serba kekurangan.

Kerana desakan hidup, dia seringkali dilihat mengemis di bandar Lucban, Filipina.

Ayahnya bekerja sebagai pengutip sampah manakala ibunya tinggal di rumah untuk menjaga dia dan lima adik-beradik yang lain.

© Provided by Sinar PlusTiada seorang pun diantara adik beradiknya bersekolah pada waktu itu. Keluarganya hampir sentiasa berlapar sehingga Rita terpaksa keluar mengemis atau meminta sumbangan makanan.

Kehidupan gadis ini berubah drastik selepas gambarnya dirakam oleh seorang jurufoto, Filipina, Topher Quinto Burgos, yang kebetulan menghadiri Festival Pahiyas di Lucban, pada Mei 2016.

© Provided by Sinar PlusBurgos tertarik dengan keindahan semula jadi di kawasan berkenaan merakamkan beberapa keping foto termasuk foto Rita secara senyap-senyap dan kemudiannya memuatnaik ke laman sosial.

Dengan hanya beberapa keping gambar itu Rita menjadi viral serta-merta.

Susulan itu, Rita berjaya meraih perhatian beberapa ratu cantik Filipina yang berusaha membantu gadis itu keluar dari kancah kemiskinan.

© Provided by Sinar PlusSelebriti seperti Miss World Philippines 2015, Hillarie Danielle Parungao, Miss International Philippines 2014, Bianca Guidotti dan Miss Earth 2015, Angelia Ong menggunakan media sosial masing-masing memuji fizikal Rita yang jelita menyerupai model.

Ciri-ciri wajah Rita yang fotogenik dan unik meraih perhatian wargamaya sekali gus menjadikan ia tular.

Sebagai anggota etnik minoriti Badjao di Filipina, Rita dijuluki gelaran “Badjao Girl.” Pada usia 13 tahun bakat Rita diketengahkan dalam dunia peragaan dan hiburan.

Dia mula memperagakan pelbagai jenama dan berlakon watak kecil dalam siri televisyen.

Susulan daripada itu, anak sulung daripada lima adik beradik ini turut diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon termuda dalam rancangan realiti antarabangsa, Big Brother.

© Provided by Sinar PlusPeluang berkenaan digunakan Rita untuk membina pengaruh dan khalayaknya sendiri.

Walaupun dahulu tidak bersekolah, gadis itu kini mengutamakan pelajarannya. Kemahsyuran tidak membuatnya lupa akan kepentingan pendidikan dan terus berusaha mengubah nasib keluarganya.

Beberapa hari lalu, Rita menyuarakan hasratnya untuk menyertai pertandingan ratu cantik bertaraf antarabangsa, Miss Universe.
“Kecantikan tidak sempurna, ia tetap bersinar walaupun kekurangan anda, #miss u universe soon,” kongsinya di Instagram.

Rita Gaviola adalah bukti bahawa kisah seperti Cinderella benar berlaku dalam kehidupan nyata.

Dalam kes Rita yang diambil bukan kasut tetapi hanyalah fotonya. Kehadiran Rita di lokasi Burgos merakam gambar tepat pada waktunya seterusnya membawa tuah dan rezeki.

Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Oditty Central, Entertainment Inquirer, GMA Network

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis