Dihidang Bersama Sos Coklat, Dua Menu Istimewa Burger King Ini Sedang ‘Hit’ Di Malaysia

Gaya HidupDihidang Bersama Sos Coklat, Dua Menu Istimewa Burger King Ini Sedang ‘Hit’...

Burger King telah memperkenalkan dua menu baharu iaitu Chocolate Melt Beefacon dan Chocolate Melt Chick’N Crisp pada Jumaat yang lalu. Bagi peminat Burger King dan coklat, ini pastinya menu yang anda tidak mahu terlepas untuk dicuba.

Dua burger pilihan ramai Beefacon dan Chick’N Crisp dihidangkan bersama cairan coklat yang akan membuatkan anda seperti makan waffle. Difahamkan, burger edisi terhad ini sudah mula terjual di kesemua cawangan Burger King di Malaysia.

Menjengah ke sosial media, rata-rata netizen yang sudah mencubanya memberikan reaksi positif dan mengatakan gabungan rasa burger dan cairan coklat ini tidak muak.

Malah, ramai yang mengesyorkan agar penggemar coklat akan mencuba menu istimewa ini. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa menu ini sedap walaupun pada mulanya berasa pelik.

Malah, ramai juga yang sepertinya tidak sabar mahu mencuba menu ini. Tunggu apa lagi? Dapatkan segera dua menu istimewa ini kerana ia tersedia dalam tempoh terhad sahaja.

The Vocket

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis