Digelar ‘tak guna’, jurulatih kongsi gambar sebenar tapak kaki Chen Long

Gaya HidupDigelar ‘tak guna’, jurulatih kongsi gambar sebenar tapak kaki Chen Long

Chen Long berjaya ke final walaupun berdepan dengan masalah cedera di tapak kaki.

HARAPAN Chen Long tiba di Tokyo 2020 adalah untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio 2016, namun sebaliknya berlaku.

Jagun badminton China yang kini berada di ranking keenam dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan kepada pemain Denmark Viktor Axelson dalam aksi akhir Isnin lalu.

Chen Long,32, tewas straight set kepada pemain No.2 dunia itu, 15-21,12-21 sekaligus menjadinya pemain bukan Asia pertama yang merangkul pingat emas selepas tahun 1996.

Biarpun telah mencuba sebaik mungkin, Chen Long terpaksa akur membawa balik pingat perak yang menyaksikan penyokong-penyokong China tidak boleh menerima kenyataan di atas kekalahan itu.

Mereka menggelar Chen Long sebagai ‘tidak berguna’, ‘mengaibkan’ serta ‘orang dewasa menewaskan kanak-kanak’ serta ‘tiada jalan lagi dia (Chen Long) nak bangkit’.

Lebih menyedihkan buat Chen Long apabila ada komen yang menyuruhnya dia ‘ketepi’ dan jangan mengganggu pembangunan badminton China.

Namun, Chen Long tetap tampil meminta maaf di atas kekalahannya itu di laman sosial Weibo.

“Saya meminta maaf di atas kegagalan mempertahankan gelaran perseorangan di Olimpik, Tokyo, tetapi saya tidak akan mencapai ke tahap ini tanpa sokongan anda semua… Semangat Olimpik dan orang China menjadikan saya untuk lebih berusaha dan motivasi kepada diri saya… saya berterima kasih kepada tanah air kerana ‘menjadikan’ saya sehingga sekarang. Akhir sekali, saya sangat berharap pasukan badminton China akan mencapai banyak pencapaian yang lebih besar,” tulisnya.

Chen Long turut memohon maaf selepas gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio 2016.

Namun ada juga yang tidak tahu derita yang Chen Long lalui sepanjang aksinya di Tokyo.

Ketua jurulatih Persatuan Badminton China, Zhang Jun mendedahkan tapak ibu kaki Chen Long ‘pecah’ sejak bermula perlawanan peringkat kumpulan.

Ia menyebabkan Chen Long dia tidak boleh bergerak dengan bebas.

“Chen Long mempunyai dua lepuh besar di tapak kaki yang membataskan pergerakannya. Tetapi dia tidak menyerah dan berjuang untuk setiap mata,” kata Zhang Jun sambil memuji semangat yang dimiliki Chen Long itu.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis