Dharma Raj cadang bawa jurulatih hoki Malaysia ke Indonesia

Gaya HidupDharma Raj cadang bawa jurulatih hoki Malaysia ke Indonesia

PENGARAH teknikal baharu pasukan hoki kebangsaan Indonesia Muhammad Dharma Raj Abdullah bercadang mendapatkan khidmat jurulatih dari Malaysia dalam misi mengubah nasib sukan hoki republik itu.

Bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita negara itu berkata, ramai jurulatih tempatan telah menunjukkan minat untuk ke Indonesia bagi menguji kemahiran membimbing pasukan, selain mencari cabaran baharu.

Dia juga tidak teragak-agak membawa masuk ramai jurulatih dari Malaysia jika diberi peluang berbuat demikian memandangkan terdapat seluruh 34 wilayah di Indonesia dengan 17 daripada aktif dalam sukan hoki.

Agak mustahil untuk saya seorang diri membangunkan hoki Indonesia, jika ada peluang membawa masuk seberapa ramai dari Malaysia ke sini, saya rasa ia sangat mudah untuk mereka (jurulatih),” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini Dharma Raj dilaporkan dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan kebangsaan republik itu dengan kontrak sehingga Disember 2025.

Pelantikan itu menyaksikan Dharma akan melepaskan jawatan Pengarah Teknikal Hoki Wilayah Jawa Barat yang disandang sejak 10 bulan lalu.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis