Cuci Kereta Dibenar Di Negeri Fasa Dua PPN

BeritaCuci Kereta Dibenar Di Negeri Fasa Dua PPN

PUTRAJAYA – Perkhidmatan cuci kenderaan yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dibenarkan beroperasi di negeri-negeri yang berada dalam fasa duanPelan Pemulihan Negara (PPN).

Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal Covid-19 yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Jun lalu.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu termasuklah pembersihan manual, separa automatik dan automatik.

“Bagi perkhidmatan cuci kenderaan, kerja-kerja pembersihan yang dibenarkan adalah meliputi bahagian luaran kenderaan, enjin kereta, dalaman kereta, polish, wax serta pengewapan antibakteria dan pembasmian serangga ruangan dalam kenderaan,” katanya di sini hari ini.

KPKT berkata, aktiviti pasar pagi dan pasar tani juga turut dibenarkan beroperasi dalam tempoh fasa dua PPN bermula dari 7 pagi hingga 11 pagi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat meliputi bilangan pengunjung dan penjarakan minimum dua meter.

Katanya, enam komoditi utama sahaja iaitu ikan, daging, ayam, telur, sayuran dan buah-buahan sahaja dibenarkan untuk dijual.

Bagi pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu, ia masih tidak dibenarkan dibuka. – Kosmo!

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis