Comirnaty Dilulus Untuk Kegunaan Usia 12 Tahun Ke Atas

BeritaComirnaty Dilulus Untuk Kegunaan Usia 12 Tahun Ke Atas

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada golongan berusia 12 tahun ke atas.

Kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin berkenaan, dipantau serta dinilai berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk vaksin berkenaan kekal positif.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dasar sedia ada ditetapkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), walaupun indikasi tambahan itu diluluskan.

“KKM akan sentiasa meningkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan PBKD.

“Kerajaan juga komited memastikan rakyat Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran PICK,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 8 Januari lalu, Comirnaty diluluskan pendaftaran bersyarat, bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu berusia 18 tahun ke atas. – BH Online

Berita lanjut menyusul.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis