Cicak jadi pengadil wanita pertama final perseorangan lelaki Wimbledon

Gaya HidupCicak jadi pengadil wanita pertama final perseorangan lelaki Wimbledon

Marija Cicak

WIMBLEDON bakal memecah tradisi melantik pengadil wanita dalam aksi final perseorangan lelaki pada Ahad.

Pengadil wanita berpengalaman, Marija Cicak dari Croatia dipilih mengadili perlawanan di antara Novak Djokovic dan Matteo Berrettini.

Penampilan Cicak,43, sebagai pengadil kejohanan besar tidak asing lagi apabila sebelum ini dia pernah mengadili aksi separuh akhir Wimbledon di antara John Isner dan Kevin Anderson pada tahun 2018.

Cicak dipilih mengadili aksi akhir perseorangan lelaki Wimbledon 2021.

Malah pada Wimbledon 2014, dia juga menjadi pengadil final acara perseorangan wanita di antara Petra Kvitova dan Eugenie Bouchard.

Kini, Cicak yang memiliki ITF Gold Badge elit sedia melakar sejarah di Centre Court menjadi pengadil wanita pertama bertugas di kerusi pengadil bagi acara perseorangan lelaki.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis