CEO LHDN Tiga Zaman

BeritaCEO LHDN Tiga Zaman

KUALA LUMPUR – Pejam celik pejam celik sudah hampir lima tahun Datuk Seri Dr. Sabin Samitah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bukan satu tanggungjawab mudah untuk mengemudi sebuah agensi pentadbir cukai yang menyumbang kepada pembangunan dan hasil negara.

Namun Sabin terbukti berjaya menggalas amanah dan tanggungjawabnya dengan cukup cemerlang sejak 12 Disember 2016.

Pada tahun 2017 prestasi kutipan kasar cukai langsung negara oleh LHDNM berjumlah RM123 bilion sebelum meningkat kepada RM137 bilion pada 2018.

Prestasi kutipan cukai langsung negara oleh LHDNM seterusnya meningkat lagi kepada RM145 bilion pada tahun 2019.

Paling menerujakan apabila LHDNM di bawah pimpinan Sabin masih mampu merekodkan kutipan cukai sebanyak RM123 bilion bagi tahun 2020.

Iaitu dalam suasana ekonomi yang suram dan mencabar disebabkan ancaman global pandemik Covid-19.

Sabin telah membuktikan kemampuannya untuk mengadaptasi norma baharu dalam menjalankan operasi percukaian LHDNM.

Lebih menarik tentang Sabin adalah keupayaan beliau mencipta kejayaan buat LHDN dalam ‘tiga zaman’ yang berbeza.

Sabin merupakan CEO LHDN di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tiada siapa boleh menafikan perubahan politik selalunya memberi impak kepada pentadbiran kerajaan, namun tidak kepada Sabin.

Beliau dipercayai oleh setiap kerajaan untuk mengemudi LHDNM.

Lambang kredibiliti dan kemampuan Sabin berada pada tahan yang sangat meyakinkan. Dan beliau telah membuktikannya sejak dari zaman kerajaan pertama beliau dilantik sebagai CEO LHDNM.

Maka bagi penulis CEO LHDNM tiga zaman ini merupakan aset yang berharga buat negara. Negara memerlukan orang seperti beliau.

Perlu ingat cukai merupakan instrumen ekonomi yang amat penting sebagai hasil atau pendapatan sesebuah negara.

Hasil cukai yang digunakan untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga sebagai perbelanjaaan pembangunan negara.

Tanpa badan mengutip cukai yang effisen, pembangunan negara dan kebajikan rakyat boleh terbantut.

Anak Sabah ini membuktikan beliau sebenarnya adalah satu aset untuk negara. – MYNEWSHUB

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis