Central Global Berhad Lantik 2 Lembaga Pengarah Baharu

BeritaCentral Global Berhad Lantik 2 Lembaga Pengarah Baharu

KUALA LUMPUR – Syarikat tersenarai di Papan Utama, CENTRAL GLOBAL BERHAD (“Central Global” atau “Syarikat”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Yang Hormat Mulia (“YHM”) Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad (“Tengku Abu Bakar”) dan Encik Shaharuddin bin Abdullah (“Encik Shaharuddin”) sebagai pengarah bukan eksekutif baharu Kumpulan.

YHM Tengku Abu Bakar, 36, berpengalaman di dalam perancangan strategik, mengkhusus dalam perniagaan berkaitan kesihatan, e-dagang dan teknologi maklumat.Beliau kini merupakan pengerusi Fomema Sdn Bhd, yang mengendalikan sistem ujian pemeriksaan perubatan pekerja asing di Semenanjung Malaysia, selain pengerusi beberapa syarikat berkaitan lain. Beliau juga adalah pengarah Bookdoc Holdings Sdn Bhd, yang menguruskan aplikasi mobil menghubungkan pesakit dengan profesional perubatan.

Tengku Abu Bakar merupakan pemegang Ijazah Perakaunan Perniagaan dari Swinburne University of Technology, Hawthorne, Australia. Beliau juga sepanjang kerjayanya meraih pengalaman dengan berurusan besama syarikat multinasional dan memberikan bimbingan serta sokongan di dalam syarikat di mana beliau merupakan anggota Lembaga Pengarah.

Encik Shaharuddin, 60, merupakan bekas pegawai Polis Diraja Malaysia dan bersara sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis dengan jawatan akhirnya Ketua Pentabiran Jabatan Sumber Manusia (Polisi) PDRM. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Penyiasatan Forensik dari Universiti Malaya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis