Brazil mara ke separuh akhir, Paqueta hampakan Chile

Gaya HidupBrazil mara ke separuh akhir, Paqueta hampakan Chile

Image
Jaringan Paqueta menjadi pemisah kedua-dua pasukan aksi suku akhir.

BRAZIL berjaya mara ke peringkat separuh akhir Copa America 2021 setelah menewaskan Chile dalam satu perlawanan yang agak rancak di Estádio Nilton Santos, sebentar tadi

Pasukan Samba itu memperoleh gol tunggal pada awal babak kedua menerusi jaringan Lucas Paqueta. Bagaimanapun, perlawanan sedikit dicemari dengan layangan kad merah terhadap Gabriel Jesus dua minit berselang.

Chile berjaya menggempur pertahanan Brazil. Mauricio Isla menggegar jaringan minit ke-62 selepas menyambut tendangan bebas Charles Aranguiz, tapi pembantu pengadil mengangkat bendera tanda offside.

Charles Mena nyaris menyamakan kedudukan lima minit kemudian dengan bola tandukannya namun singgah di palang.

Penguasaan La Roja berterusan apabila Jean Meneses cuba mengancam kubu Brazil tetapi  Ederson kembali menyelamatkan gawang dengan menepis bola keluar.

Chile terpaksa akur dan gagal mencari gol penyamaan sehingga pengadil meniup wisel akhir pertandingan.

Brazil layak ke separuh akhir dengan Neymar dan rakan-rakannya sudah ditunggu Peru di peringkat empat terakhir.

Esok pagi, akan berlangsung dua lagi perlawanan suku akhir membabitkan pertembungan antara Uruguay menentang Colombia manakala Argentina berhadapan Ecuador.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis