‘Bossku’ Tanya Sampai Bila Nak Macam Ni!

Berita‘Bossku’ Tanya Sampai Bila Nak Macam Ni!

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan sampai bila rakyat perlu berdepan kesengsaraan kehilangan pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

Menerusi kemaskini di akaun Facebooknya pada Khamis, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, meskipun pelbagai pakej bantuan diumum kerajaan, hakikatnya semakin banyak jenama besar menutup perniagaan masing-masing.

“Kerajaan baru sahaja umum Pemulih (Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi), tetapi semakin banyak perniagaan tutup. Semakin ramai hilang kerja.

“Dari pakej Prihatin (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat), Penjana (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara), Pemerkasa (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi) dan Pemulih.

“Macam-macam nama ada. Dikatakan beratus-ratus bilion dan amat berjaya. Itu Putrajaya kata,” katanya.

Menurut Najib hakikatnya, semakin banyak jenama besar tutup perniagaan.

Tambahnya, syarikat-syarikat besar turut terjejas.

“Apatah lagi peniaga kecil. Ramai yang hilang sumber pendapatan. Ramai yang hilang kerja. Ramai yang sengsara.

“Bukan mudah nak bina perniagaan, nak dapat kerja. Sampai bila macam ini? Sampai bila?” katanya lagi. – Sinar Harian

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis