Boleh Bertemu Keluarga Jika Lengkap Dos Vaksin

BeritaBoleh Bertemu Keluarga Jika Lengkap Dos Vaksin

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu kerajaan sedang memperhalusi cadangan supaya pasangan jarak jauh yang lengkap dua dos vaksin akan diberi kelonggaran bertemu keluarga mereka.

Katanya, dia sering membawa isu tersebut dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan selepas mengambil kira keluhan dan komen-komen netizen di media sosial mengenai isu pasangan jarak jauh.

“Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, kelonggaran dicadangkan diberi kepada ibu bapa yang sudah menerima dua dos vaksin.

“Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” katanya. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis