Bola Sepak: Jepun, Brazil tepati ramalan awal

Gaya HidupBola Sepak: Jepun, Brazil tepati ramalan awal

Pasukan Jepun menewaskan Afrika Selatan pada aksi pertama kumpulan.

TUAN rumah, Jepun dan juara bertahan Brazil menepati ramalan awal apabila berjaya memungut tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan acara bola sepak lelaki temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jepun mengambil kesempatan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk merakam kemenangan pertama menewaskan Afrika Selatan 1-0 menerusi jaringan pemain Getafe, Takefusa Kubo.

Dalam Kumpulan D pula, Brazil memulakan kempen dengan cemerlang apabila membenam cabaran Jerman 4-2 apabila pemain Everton, Richarlison cemerlang merakam hatrik pada 30 minit pertama perlawanan untuk mendahului 3-0 sebelum Jerman cuba bangkit dengan dua gol di babak kedua.

Cuaca panas sekali lagi menjadi musuh kepada pasukan Eropah tetapi berbeza buat Romania apabila jaringan sendiri pemain Honduras memberikan kemenangan 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B yang berlangsung di Kashima.

Brazil menang besar ke atas Jerman.

Di Sapporo pula, Argentina dikejutkan Australia apabila pasukan Kangaroo itu berjaya mencatat kemenangan 2-0 menerusi dua jaringan pada setiap babak dan meletakkan Australia sebagai pendahulu Kumpulan C selepas tamat perlawanan pertama kumpulan.

Selesai perlawanan pertama, Mexico, New Zealand, Australia dan Brazil menerajui kumpulan masing-masing dan perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 25 Julai ini melibatkan semua pasukan.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis