BKC: Akujanji Sumpah Hari Pertama PM

BeritaBKC: Akujanji Sumpah Hari Pertama PM

DI hari Dato’ Sri Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 9, melalui perutusan rasmi pertama, perkara utama yang dizahirkan adalah komitmen beliau membantu rakyat di pelbagai lapisan yang terkesan akibat virus covid19.

“Saya menginsafi kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam kita semua. Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan dan bukan sedikit yang telah dibuang kerja.”

Inilah antara bait ucapan beliau sebaik saja menerima amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sangat jelas, itulah inspirasi Ismail Sabri, rakyat diutamakan dan ketika Ismail Sabri menekankan peri pentingnya ‘Keluarga Malaysia”.

Konsep yang mana tiada siapa yang bakal ditinggalkan.

Begitu juga slogan ‘Kerajaan Perihatin’ adalah paksi utama Ismail Sabri turut terapkan di dalam kerajaan pimpinan beliau.

Ia selaras dengan titah baginda Yang di Pertuan Agong agar kerajaan di bawah Perdana Menteri yang ke 9 memusatkan fokus kepada membantu rakyat dan memulihkan ekonomi negara dengan kdara yang segera.

Tiada tekanan, tiada desakan dari mana-mana pihak apabila Ismail Sabri meletakkan keutamaan yang lebih utama di tempatnya.

Baca: Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 Hingga 10 September

Malah membantu rakyat adalah misi beliau yang berterusan dan telah diletakkan sebagai perkara paling penting oleh kerajaan Malaysia yang dipimpinnya. Maka Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Kewangan untuk segerakan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Ismail mendengar keluh kesah rakyat, menyelami apa yang rakyat rasa dan inisiatif tersebut bakal dinikmati rakyat adalam masa yang terdekat serta berterusan.

Mana tahu, belanjawan yang bakal dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri bakal membawa berita gembira buat semua rakyat di negara ini. – Mynewshub.TV

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis