BILA SENDIRI MENGAKU GAGAL, BERUNDUR DAN BUBARKAN PARLIMEN

NasionalBILA SENDIRI MENGAKU GAGAL, BERUNDUR DAN BUBARKAN PARLIMEN

Bila sendiri sudah mengaku gagal… Berundur segera dan Bubar saja Parlimen senang dibuat Pilihanraya Umum ke 15 segera.

Jangan gunakan lagi alasan covid-19 untuk menutup kelemahan dan kebacolan PN yang ternyata lembab dan tidak mampu mentadbir negara.

Tiada apa pelaburan dibawa masuk sepanjang PN mendapat mandat kuasa selepas runtunhnya PH Haramjadah.

PN hanya meneruskan dendam kesumat keatas UMNO BN walaupun sebahagian MP UMNO BN bersama PN.

Mahiaddin Md Yasin aka nama palsu Muhyiddin Mohd Yassin sudah gagal secara total!

Pada mulanya agak terkejut juga apabila seorang yang berstatus PM negara mengeluarkan kenyatan bahawa “penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji”. Namun apabila dirujuk semula kepada situasi masalah yang sedang dihadapi kini, maka ia bukan perkara yang menggemparkan.

Cuma persoalannya kenapa penjawat awam?

Kerajaan PN yang mengaku hebat padahal mereka sama saja dengan PH.. Belanja sesuka hati demi kuasa. Menipu rakyat semata2 demi nyawa politik kelaut.

๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ก

Kenapa tidak kepada menteri-menteri kabinet yang jumlahnya 70 orang dengan menerima gaji puluhan ribu ringgit setiap bulan? Lantaran ramai yang dilihat tidak berfungsi, bukankah kabinet ini lebih baik di “reconcile” semula?

Seterusnya kenapa tidak sasarkan mereka yang merupakan lantikan politik di dalam GLC-GLC kerajaan. Gaji mereka ini juga kurang lebih gaji menteri. Namun sejauh manakah pretasi GLC-GLC ketika ini? Adalah jauh lebih baik berbanding era sebelum PRU14?

๐—ฆ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—ธ๐—ฎ๐—ต?

Selama 9 tahun sebelum PRU14, aset negara naik dari RM800 billion ke RM1.2 trillion. Iaitu bertambah sebanyak RM1.2 trillion.

PM8 mendakwa sebanyak RM600 billion digunakan dalam masa kurang dari 1 tahun khusus untuk melawan Covid-19.

Lebih bagus lagi sekiranya kerajaan teruskan aktiviti lelongan segala aset-aset negara kepada pembeli luar kerana penjualan sebegini bukan isu besarpun bagi pihak kerajaan. Sebab sebelum ini pun sudah wujud penjualan sedemikian kan?

๐—•๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ต

Cukuplah!.. Apakah masih tidak sedar bahawa PN sebenarnya telah gagal.

Tidak perlu lagi terus menongkat langit andai hasilnya semakin memburuk. Berundur saja, bubarkan parlimen. Inilah satu-satunya yang terbaik demi negara.

Kerajaan PN ini asalnya hanyalah sementara sahaja sementara menunggu parlimen cukup tempoh matang untuk dibubarkan. Jika dah bubar secara bertanggungjawab nanti, tiada sesiapa pun nak menyalahkan kegagalan kerajaan PN.

Tapi berhelah untuk berterusan tamak memegang kuasa dengan menyambung darurat yang tidak perlu, maka ia hanya menyulitkan dan meningkatkan kemarahan rakyat.

PERIKATAN NASIONAL GAGAL LONJAKKAN EKONOMI NEGARA, MUHYIDDINย  AKA MAHIADDIN PERLU LETAK JAWATAN DAN BUBAR PARLIMEN SEGERA!

Sungguhpun hampir setahun memerintah, namun terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan minoriti Perikatan Nasional (PN). Dari segi tadbir urus ekonomi, pentadbiran kerajaan persekutuan dan pembanterasan wabak Covid-19, kerajaan PN yang merangkumi 3 parti Melayu iaitu Bersatu, PAS dan UMNO ( yang menyokong sehingga Parlimen bubar) telah gagal memuaskan jangkaan rakyat dan pelabur.

Amat memalukan apabila Menteri Kewangan Datoโ€™ Sri Tengku Zafrul dan kerajaan PN dikritik secara terbuka oleh pemain industri mengenai kelemahan negara menarik pelaburan asing.

Negara masih bergelut dengan kadar pengangguran yang tinggi. Setakat Oktober 2020, seramai 748,200 individu di mana sebilangan besar adalah anak muda terus menganggur berbanding hanya 512,100 penganggur setahun lepas.

Pada masa yang sama, banyak syarikat besar sedang lari meninggalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terutama ke Indonesia melibatkan pelaburan Hyundai sebanyak RM4.02 bilion, Toyota sebanyak RM8.04 bilion dan kilang bateri China CATL sebanyak RM20.09 bilion.

Trend membimbangkan ini terus menyukarkan proses penciptaan pekerjaan baharu pada ketika rakyat Malaysia terutama golongan muda amat memerlukan peluang pekerjaan.

Hari ini, Malaysia bukan sahaja terkebelakang dari aspek menarik pelabur asing tetapi juga pembelian vaksin Covid-19. Proses vaksinasi untuk majoriti rakyat hanya akan bermula pada suku ke-3 2021 ataupun lebih lama. Lagi lama proses vaksinasi dilanjutkan, semakin lama masa akan diambil untuk mencapai pemulihan ekonomi.

Sudahlah moratorium pinjaman tidak dilanjutkan, kuasa beli rakyat Malaysia pula akan terus dihimpit sentimen yang lemah dan ini akan menyebabkan lebih ramai hidup susah dan mengancam sosio-ekonomi rakyat negara ini.

Ternyata kerajaan PN gagal melonjakkan ekonomi negara. Tiada perancangan konkrit dibentangkan bagi merangsang ekonomi dan tiada jalan keluar direncanakan bagi menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.

Sekadar mengumumkan pakej bantuan tunai bukan penyelesaian berkesan umpama semangkuk cendol yang boleh ditambah apa sahaja bahan mengikut selera. Ia memenuhi selera tetapi tidak mengenyangkan.

Keadaan ekonomi bertambah kronik dengan pengumuman darurat yang bermotifkan politik yang sudah pasti mengundang tangapan negatif pelabur asing. Jelas, Muhyiddin aka Mahiaddin lebih memikirkan legitimasi kerusi Perdana Menteri berbanding kepentingan negara.

Apakah langkah kerajaan PN untuk menggalakkan syarikat-syarikat menaikkan gaji pekerja tahun ini? Apakah perancangan untuk menarik pelaburan syarikat-syarikat asing dan memulihkan persepsi terhadap negara yang terjejas sejak skandal 1MDB yang ternyata adalah penipuan yang dirancang PH diteruskan PN?

Bagaimanakah cara merangsang rakyat untuk berbelanja yang seterusnya mengukuhkan permintaan tempatan? Kerajaan PN juga masih gagal untuk memperkenalkan insentif cukai baharu yang benar-benar efektif.

Apa yang diberikan hanya adalah pengecualian cukai jualan kereta di mana kereta mahal juga menikmati pengecualian cukai jualan 50% atau 100%, sedangkan cukai ini tidak mensasarkan golongan marhain yang cukup kritikal.

Walaupun Muhyiddin aka Mahiaddin telah mengumumkan Pakej Bantuan PERMAI semalam, ia hanyalah satu pelan “kitar semula” idea-idea lama, sekadar menunjukkan kerajaan kononnya prihatin. Dalam kita melalui impak PKP 2.0, kerajaan minoriti PN sekali lagi gagal melancarkan satu pelan strategik untuk membantu rakyat dan industri tempatan.

Meskipun terus wujud desakan daripada pelbagai pihak, kerajaan PN masih gagal untuk memperkenalkan moratorium pinjaman untuk semua pihak. Selain itu, tiada bantuan khas untuk industri perhotelan yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

Setakat ini, tiada apa-apa perancangan dan visi konkrit dan efektif dibuat kerajaan PN bagi melonjak ekonomi negara. Yang ada hanyalah dasar flip-flop pelaksanaan PKP dan pengumuman darurat.

Sepatutnya, pada hari yang sama PKP diumumkan, strategi membantu rakyat dan perniagaan tempatan menghadapi impak PKP juga turut diumumkan. Barulah sentimen tempatan dapat terus disokong dan ekonomi rakyat boleh distabilkan.

Namun, semua ini tidak berlaku. Malahan, walaupun di waktu pandemik ini, kerajaan PN masih meneruskan dasar pembaziran dan gagal mengutamakan prinsip integriti dalam pengurusan ekonomi negara.

Justeru, tidak hairanlah Malaysia terus jatuh ke belakang bawah pentadbiran kerajaan minoriti PN. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Maka, Muhyiddin aka Mahiaddin seharusnya berundur dan melepaskan jawatan Perdana Menteri secara bermaruah.

Ekonomi negara hanya dapat dipulihkan jika negara mempunyai kepimpinan yang jitu dan ikhlas untuk memastikan kestabilan politik terjamin.

#PPBMterdesak
#PNadalahPH
#memPHkanPN
#TolakTrojanHorse

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis