Bila Nak Siasat Kes Tanah Armada Perak? – Najib

BeritaBila Nak Siasat Kes Tanah Armada Perak? – Najib

INI seruan bekas ketua komunikasi PPBM ARMADA Perak untuk terus bersuara melawan Najib sebab:

1) Hujah Najib sukar untuk dipatahkan.
(Macam mana nak patahkan sekiranya ia selalu berdasarkan fakta dan data – bukan fitnah atau propaganda yang sering digunakan oleh pihak sebelah.)

2) Najib akan terus popular.
(Mana ada saya popular? Tapi memang page FB saya menjadi sasaran utama Jkom. Jika bukan page saya, siapa lagi?)

3) Najib akan terus menjadi Menteri Kewangan paling bijak.

4) Tanpa disedari, Najib akan buat “comeback in politics”.

Atas kebimbangan-kebimbangan itu, dia seru pihak sebelah sana untuk terus mengulangi propaganda 1MDB/SRC bahawa Najib adalah amat korup sebab sukar untuk patahkan apa isu semasa yang saya bangkit.

NOTA: Pemimpin muda PPBM ini pernah terpalit dengan skandal pemberian tanah kerajaan Perak seluas 746 ekar kepada syarikat dia semasa PPBM menjadi Menteri Besar setelah surat pemberian tanah tersebut terbongkar dan tersebar luas.

“Hebat! Armada Perak jadi ‘Jutawan Muda’ diberi 746 ekar tanah kepada syarikat ditubuh 3 bulan Peja MB Perak”
https://sabahkini2.com/en/news/3335/hebat-armada-perak-jadi-jutawan-muda-diberi-746-ekar-tanah-kepada-syarikat-ditubuh-3-bulan-peja-mb-perak/view

Pada bulan September 2020 lalu, pihak polis pernah janji untuk siasat tapi kita masih tunggu kesudahannya sehingga kini:

“SPRM jalankan siasatan berhubung aduan rasuah ‘surat karam’ di Perak”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-jalankan-siasatan-berhubung-aduan-rasuah-surat-karam-di-perak-258423

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis