Berita gembira buat penyokong bola sepak

Gaya HidupBerita gembira buat penyokong bola sepak

MFL telah kemukakan permohonan kepada MKN dan KKM agar penyokong yang mendapat dua dos suntikan diberikan kebenaran ke stadium.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) sudah menghantar permohonan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar dipertimbangkan kemasukan penyokong ke stadium pada baki saingan Liga Malaysia tahun ini.

Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, permohonan itu termasuklah membabitkan pemain yang didapati positif saja perlu menjalani kuarantin manakala individu disahkan negatif boleh menjalani latihan seperti biasa.

Katanya,  MFL juga membentangkan garis panduan yang harus dipatuhi setiap penyokong yang telah lengkap vaksin dua dos diberikan kelonggaran untuk memasuki stadium dengan kuota kemasukan mengikut kapasiti stadium bagi peringkat awal.

“ Memang kelihatan bahawa liga luar seperti EPL (Liga Perdana Inggeris ), stadium sudah penuh dengan penonton. Saya dalam hal ini telah bersedia untuk mengemukakan surat permohonan agar dibenarkan penyokong dapat kembali ke stadium.

“Kelonggaran ini melibatkan individu di mana yang mereka sudah lengkap dua dos dan mereka perlu membuktikan melalui sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera semasa di pintu pagar stadium bersama tiket.

“ MFL tidak minta banyak iaitu sekurang-kurangnya mengekalkan peratus yang sama masuk ke dalam stadium seperti mana sebelum ini atau mungkin ditingkatkan lagi agar dapat memeriahkan perlawanan serta melegakan penyokong-penyokong di Liga Malaysia.

“ Insya Allah kita harap MKN dapat mempertimbangkan dengan sewajarnya dengan apa yang kita mohonkan ini,” jelasnya.

Pada awal musim, penyokong dibenarkan hadir ke stadium berdasarkan SOP tertentu dengan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang dibenarkan, manakala untuk kawasan PKP Pemulihan (PKPP), 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang dibenarkan.

Namun, sebaik Liga Malaysia kembali bersambung pada 24 Julai apabila arahan Fasa1 Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh bermula pada 1 Jun lalu, penonton tidak dibenarkan hadir ke stadium.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis