Berikan ruang dan usah cepat melatah

Gaya HidupBerikan ruang dan usah cepat melatah

PENSYARAH Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim mahu penyokong Harimau Malaya bersabar dan tidak mudah melatah ekoran kekalahan 1-4 di tangan Kuwait pada perlawanan latihan  di Dubai awal pagi ini.

Tegasnya, penyokong perlu bersabar dan tidak perlu memberikan tekanan kepada barisan pemain dan pengurusan Harimau Malaya yang kini berjuang mengharungi baki pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 .

“Biarkan Tan Cheng Hoe menjalankan tugasnya dengan tenang dan bebas, ini adalah perlawanan ujian yang dirangka sebelum aksi sebenar awal bulan depan.

“Aksi menentang Kuwait dan Bahrain hanyalah ujian, jurulatih pastinya memiliki perancangan sendiri dan saya percaya Cheng Hoe meletakkan perlawanan ini sebagai medan ujian terakhir untuk menilai pelbagai aspek termasuklah cuaca, keserasian dan semangat berpasukan,” jelasnya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Dr Zulakbal yang juga merupakan pemerhati bolasepak negara berkata, kekalahan 1-4 ini perlu dilihat dari segi aspek positif dalam usaha memperbaiki dan memperkemaskan skuad kebangsaan.

“Jurulatih pastinya menyedari kekurangan jadi masih ada ruang untuk segera mengatasinya. Dari segi aspek mental saya yakin pemain mampu mengatasinya.

“Kita perlu yakin dengan jurulatih dan pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan,” tegasnya.

Berkaitan

Komen

Terkini

Popular

Kolumnis