Beregu wanita Indonesia ukir sejarah kejutan acara badminton

Gaya HidupBeregu wanita Indonesia ukir sejarah kejutan acara badminton

Pasangan beregu wanita Indonesia meraih pingat emas Olimpik Tokyo 2020.

SALAH satu keputusan yang tidak dijangka dalam sejarah acara badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menyaksikan pasangan beregu wanita bukan pilihan Indonesia Greysia Polii dan Apriyani Rahayu menewaskan pasangan keempat China dengan ‘straight set’.

Pasangan beregu Indonesia itu menewaskan Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan 21-19, 21-15 yang menyaksikan Polii terpaksa menukar raket baharu ketika mendahuli tiga mata penting, malah ketika itu Rahayu masih berdepan dengan tekanan pasangan juara bertahan ini.

Ketiga mata akhirnya kemenangan dicatat, jelas sekali tekanan buat beregu dari China itu, sebaliknya Polii dan Rahayu menangis kegembiraan apabila melakar sejarah meraih pingat emas pertama dalam acara beregu wanita untuk Indonesia.

A historical win!

Greysia Polii and Apriyani Rahayu secure #INA‘s first ever #Badminton women’s doubles Olympic gold – and the nation’s first of #Tokyo2020.@bwfmedia @nocindonesia1 pic.twitter.com/F0HDisviLI

— Olympics (@Olympics) August 2, 2021

Manakala beregu wanita Korea Selatan Kim Soyeong dan Kong Heeyong meraih pingat gangsa selepas menewaskan pasangan rakan senegara Lee Sohee/Shin Seungchan 21-10, 21-17, 21-17 dalam tempoh 48 minit.

Kejayaan beregu wanita Indonesia ini sekaligus menyaksikan mereka kini menandingi dominasi China dalam semua kategori badminton di pentas Olimpik ini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis