Belanjawan 2022 Dibentang 29 Oktober

BeritaBelanjawan 2022 Dibentang 29 Oktober

KUALA LUMPUR – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September ini, manakala Belanjawan 2022 pada 29 Oktober.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu agenda memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan (Recovery, Resilience, Reform).

“Tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha untuk memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri memaklumkan, kesinambungan PPN dan langkah pemulihan lain negara akan turut diperincikan ketika pembentangan RMKe-12 dan Belanjawan 2022.

Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan buat pertama kalinya akan menerbitkan kenyataan Pra Belanjawan termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan depan, selaras dengan usaha meningkatkan ketelusan proses dan pembabitan rakyat dalam penyediaan belanjawan tahunan.

“Selain itu, sebagai elemen utama penyampaian maklumat mengenai pelaksanaan PPN kepada masyarakat awam, sebuah portal PPN dibangunkan sebagai pusat rujukan sehenti yang memaparkan indikator terkini dan maklumat berkaitan PPN, manfaat dan juga prosedur operasi standard (SOP) terkini, dengan cara yang lebih mesra pengguna,” katanya. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis