Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples meninggal dunia

Gaya HidupBekas Ketua Pengarah MSN Zolkples meninggal dunia

BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dilaporkan meninggal dunia di rumahnya pagi Ahad.

Difahamkan arwah menghembuskan nafas terakhirnya bersendirian di rumahnya di Pandan Indah.

Kematian arwah disedari beberapa pegawai MSN yang cuba menghubunginya sejak Jumaat lalu apabila mendapati beliau tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN, Bukit Jalil.

Ekoran gagal menghubunginya, beberapa pegawai MSN telah pergi ke rumahnya pagi ini dan didapati rumah berkunci.

Menurut sumber, pihak polis dan bomba telah dihubungi dan selepas berjaya membuka pintu rumah, arwah dilihat terbaring di ruang dapur rumahnya.

“Punca kematian masih belum diketahui dan jenazah akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur,” jelas sumber tersebut.

Terkini, menurut laporan polis, Zolkples yang juga bekas Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ini meninggal dunia akibat sakit jantung.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis